Saturday, June 2, 2012

Kembali ke alam menulis blog!

Assalamualaikum, Hi? :)

Ye tahu dah lama tak update. Tahu dah boring dengan blog ni. Tahu dah malas nak ambil tahu pasal blog ni. TAPI, tuan empunya blog sudah kembaliiiiii. Sila AMBIL TAHU SEMULA :D

Al kisah dah lama tak update....

1) Malas
2) Tak ada masa (kononnya)
3) Tak selalu on guna laptop
4) WEH SEKOLAH DO! NI MASA CUTI PANJANG, BOLEHLAH.

Sekarang dah tahu sebab apa kan? Dah jangan nak tanya soalan yang panjang lebor tu. Lupakan saja dengan buku yang dipenuhi dengan soalan soalan yang anda semua ingin tanya itu okay? Lupakan. Kerana saya dah ada ni haaa....... 

K jujur cakap tak tahu nak type apa dah ni. Otak lepu, perut kosong, dan tengah.....tengah......tengah STALK orang ni ha. Tapi terdetik hati ni entah kenapa nak update. Woi bosan do. Tak bosan ke? Hm. Nanti je la aku update. Sekarang memang tak ada mood langsung nak menghabiskan masa macam tu saja. Kerana diriku begitu berharga. K tahu tak ada kena mengena. WEH RASA MACAM ANOYYING GILA DIRI SENDIRI. Tolong faham saya tengah BULAN MENGEMBANG. MENGEMBANG?! Woi jangan fikir bukan bukan!! *peluk bantal sekuat yang boleh*
 
KEJAAAAAAP! Actually aku tengah rindu dua orang tu. Rindu sangat sangat. Kalau anda berdua baca, emm sweet tak saya? HAHAHA. K dah nanti hangout nak peluk,gomol gomol dua orang ni. Siapa suruh duduk jauh sangat dari aku. Hambiiiiik korang nanti :p 



K dah bye, Assalamualaikum. Jaga diri, kita sayang awak semua. Boiii

Saturday, December 31, 2011

01.01.2012 :')

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum :)

Pejam celik pejam celik tuptap tuptap PINGG!! Dah 2012 dah :') aku dah form 4 dah, dah NAK umur 16 tahun dah. Alahai cepatnya ~ k seriously aku dah start rindu last year. Ini serious..Sangat tak lawak,lucu atau pun kelakar bila seorang budak kelas aku nak masuk teknik. K dia baru pindah ssaas last year, this year nak pindah dah :'( alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa rindu kau weh! Ini serious..

Dah lupakan tu, now nak cerita perkara yang agak mencabar,terkejut,terkesima,gumbira,lucu dan ponat eden :p Satu family jalan kaki dari rumah pergi i-city.Tak percaya? Tolong percaya sebab INI SERIOUS.. Mula-mula semangat naik kereta sampai setengah jalan tengok kereta semua tak berjalan bak menunggu PM berjalan di tengah-tengah jalanraya.Eh?Maaf maaf gurau tandanya sayang :p ehem! Okay INI SERIOUS, memang tak berjalan kemudian *amboi baku sungguh perkataan* plan punya plan patah balik parking kereta dekat depan rumah nahh kau satu family berjalan pukul 11.30 pm. Kami 5 beranak campur ayah dan mama kitaaaa! Lagi 2 orang tak ada dekat rumah so tak kira shh shh :p eh silap 3 orang dah ada kakak ipar.Lupaaa :D.

Jalan punya jalan nah kau kitaorang jalan sebelah kereta yang sesak tadi tu malu tahap itik lah kan semua pandang je tapi best :D dengan udara yang segar bak berada di sydney..Eh? Sydney sejuk eh sekarang? K maaf saya dah lama tak belajar geografi :p opsss! Hahahahaha :D. Sampai je dekat i-city rasa gembira kejap sebab sempat juga nak tengok firework! Wohoooo dengan jelas dan terang, saya turut kira dan jerit bila firework bunyi seperti 'piupiupiu' ala tomei tomei :p

Okay stop cerita pasal i-city bagai now tibalah masanya untuk menge-WISH kali ketiga untuk kawan saya yang bernama Zahra/Yaya a.k.a Ramsey girlfriend and future wife. Hooopssss! hahahaha okay HAPPY BIRTHDAY!! Selamat panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan, dan berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat.InsyaAllah, amin :') heyyy birthday girl :p

Tadi masa firework aku sempat berdoa dalam hati :') hewhew insyaAllah Allah makbulkan apa yang aku doakan :D. Apa-apa pun hari ni dengan semalam sangat best hari yang paling best pernah aku dapat :') Alhamdulillah thank you Allah. Saya terharu :) Terima kasih lagi sekali, Allah. Sangat enjoy walaupun kaki nak tercabut,panjat pagar rumah sebab tak ada kunci. Ayah dengan mama jalan lambat sebab tu lah panjat pagar BUT yeaaaah sangat best apa yang aku cakap kelmarin dekat twitter jadi kenyataan. Alhamdulillah :) tapi tak boleh nak bangga sangat entah-entah hari ni aku bersedih mana tahu kan? Hmm tak apalah aku terima :) Allah sayang saya :).

Okay that's all for today. I'm tired already :( byeee semoga hari ini hari yang 'woaaaaah' untuk kita semua.InsyaAllah, amin :) Assalamualaikum jaga diri :D

Wednesday, December 28, 2011

Haiiii saya budak sekolah lagi :)

Bismillahirrahmannirahim, Assalamualaikum :)

Memandangkan mata terbeliak besaqnya,otak masih boleh berfikir dengan rela hatinya aku log in blog :) awww sweet juga aku ni :p

***

Tinggal lagi berapa hari je nak sekolah. Barang semua dah siap kecuali beg!! Ahhh menyusah kan betul tak apa pakai je beg yang dalam kotak besar tu banyak :D hahaha jangan membazir ceh padahal lupa nak beli ~ Ahh okay sebernanya aku tak tahu nak start macam mana.Aku ada masalah nak mula ayat dengan nak akhir ayat jadi maaf kalau agak pelik dengan entry ni. Tolong faham sekarang pukul 4.30 am dan aku masih terjaga semua dah tidur tinggal nyamuk yang sedang menguji kesabaran terbang depan aku -.-


Next week aku kena bangun pagi macam this year sebelum 3 bulan yang lalu yang jenis tidur tak cukup,mengantuk dalam kelas lagi-lagi first subject sejarah.ZzZzZz nak tidur nanti dikatakan biadab tapi kalau masa tu tengah hujan,sejuk,pagi-pagi buta cikgu pun ajar macam tu je memang peha kawan jadi mangsa lah kan :p hewhew :B

TAPI, Nadiah ingat tak apa kau janji dekat parents kau? Dengan mama and ayah kau? INGAT? Jangan janji dilupakan janji tetap janji. Nadiah.Kau kena tepati janji kau tu, nak buat parents kau happy right?So focuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuus!!! Start from now!! Lupakan sekejap internet, ingat novel yang kau baca masa tu. Novel PAPA :D haaa baca novel tu sampai habis nanti buka sekolah cikgu soal kau dah tahu :).

Seniors cakap "form 4 bukan masa untuk kau/nadiah honeymoon." Okay aku kena ingat tu, "bukan masa untuk honeymoon". Diaorang cakap masuk form 4 agak tension,stress tu dah semestinya sebab nak GET READY untuk SPM.Woaaaaaaaaaaaah 2 tahun lagi weh ~ dah tua dah aku ni :') memang tak ready nak masuk form 4 tapi kena teruskan juga :)

How time flies next year dah form 4 dan berumur 16 tahun.Okay sangat terkejut,tak sangka,biar betul,eh dah besar dan lain-lain.Aku dah tak ada idea sebernanya nak type.Okay bye good morning Assalamualaikum get ready siapa yang still sekolah tu, yang dah habis tolong diam :p. hahahah byeeee *lambai laju laju*

Monday, December 26, 2011

Manusia makin berubah.

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum :)

Tajuk kali ini tak ada siapa yang aku tujukan hanya ingin berkongsi cerita dan pengetahuan aku :)

Dengan teknologi yang semakin canggih macam-macam kita lupa dan macam-macam kita rasa nak cuba dan menarik perhatian. Maaf, aku bukan nak kutuk blackberry, iphone, samsung galaxy s II dan lain-lain tapi dengan adanya benda ni atau lebih sesuai dikatakan telefon bimbit yang canggih macam-macam kita kongsikan dengan orang ramai yang tak kenal yang tak pernah jumpa jadi rapat. Dari kedah nun, sanggup datang shah alam semata-mata nak jumpa depan-depan nak tengok muka dia, perangai dan lain-lain. Tapi pernah tak terfikir dia tu betul ke baik betul ke dia ikhlas kawan dengan anda? Pernah tak?

Kenapa aku tanya macam tu? Sebab anda ada baca tak surat khabar, ada dengar tak radio, ada tengok tak berita yang macam-macam jadi? Ya, mungkin dia letak gambar dia di 'BBM' atau lain-lain gambar lelaki/perempuan melayu yang nampak muka suci, putih tapi bila jumpa depan-depan nah kau black mana entah muncul dari belakang...Bukan nak mengutuk, tapi pernah terfikir tak semua tu? 

Aku bukan nak salahkan si pencipta blackberry tapi aku nak salahkan orang yang tak pandai nak guna. Faham? Memanglah malang tak berbau, ajal maut di tangan Tuhan. Tapi aku cuma nak awak awak awak awak semua berhati-hati. Sediakan payung sebelum hujan atau sebelum nasi menjadi bubur. Aku bukan nak buat baik, nasihat orang 24 jam cuma nak bagi awak awak awak awak tu ingat dan jangan bersikap bodoh sombong. Tolonglah faham, tak ada niat langsung nak buat awak awak awak awak terasa, benci dengan aku tapi fikirlah dengan positive aku nak membantu saje :).

Okay enough! Lebih baik aku stop daripada orang caci maki aku, kutuk aku habis-habisan, doa benda-benda mengarut. Ha. Maaf lagi sekali yang tak terhingga siapa yang mengguna blackberry, iphone dan lain-lain walaupun dalam entry ni banyak pasal blackberry. Maaf. Assalamualaikum :)





Thursday, December 22, 2011

Thank you Allah,parents,family,and friends :')

Bismillahirrahmannirahim, Assalamualaikum.

Mungkin entry kali ni agak sedih, bermakna bagi diri aku dan kalian semua. Alhamdulillah pagi tadi pergi ambil result semuanya lulus, bersyukur kepada Maha Esa. Mungkin dengan result yang tak seberapa ini buat aku lebih berusaha, matang, berdikari dan rajin.YA, itu yang aku kena fikir dan letak di dalam hati aku :) tiada siapa boleh bantu diri aku selain aku sendiri. Aku kena banyak bersabar dengan apa yang jadi mungkin bukan rezeki aku untuk dapat straight A's macam orang lain, tapi aku percaya Allah itu Maha Adil dia tak nak tengok hambanya bersedih selama-lamanya. Aku bersyukur sangat dengan keputusan yang Kau bagi ya Allah :") tak kesah la orang ketawa, terkejut, pelik dan lain-lain dengan keputusan aku yang pasti aku kena terima seadanya. Aku dah berusaha sekuat yang mungkin tapi rezeki tiada kan? Nak salahkan diri sendiri cakap diri ni bodoh kang bodoh selamanya kang susah aku :p better sabar dan terima.Berdoa pada yang Esa semoga dia beri rezeki kepada aku pada masa akan datang. Amin.

Kepada ayah mama, maafkan adik sebab buat ayah dengan mama kecewa dengan result adik. Adik tahu result adik tak sebagus abang-abang dan kakak tapi yakinlah adik akan berusaha bersungguh-sungguh untuk buktikan kepada ayah mama dan keluarga kita. InsyaAllah dengan izinNYA :').

Kepada kawan-kawan, terima kasih yang wish goodluck, berdoa untuk saya. Terima Kasih tak terhingga :) tanpa anda semua mungkin saya tak berdikari dan fikir masa depan. Kepada junior-junior please janji dengan saya berlajarlah bersungguh-sungguh.YA, memang PMR tak berapa nak penting tapi PMR yang menentukan kelas mana atau aliran mana yang awak-awak semua nak masuk ok? So study smart ok, juniors? Heee :D. Oh ya untuk senior-senior terima kasih atas nasihat yang kamu semua bagi. Saya akan ingat sampai bila-bila dan terima kasih juga yang wish dan doakan :') saya sangat terharu okay! Hewhew :B

Dan kepada diri aku. Terima Kasih sebab buat yang terbaik mungkin aku kena pelajari lebih dalam, dalam hal pelajaran.YA, kenaaaaaaaaaaaaaaaaaa dan kenaaaaaaaaaaaaa! PASTI. Oh ya minta-mintalah kau dapat masuk SMTeknik Vokasional ya Nadiah. Tu pun kalau orang tu ada sikap simpati dekat kau :| Kalau tak dapat tak apalah aku masih sekolah di SMK SSAAS :)

Okay rasanya sampai di sini dululah, mata ni dah bergenang air mata tapi kena tahan dan kena kuat. Aku jenis suka pendam perasaan aku. Biar aku dengan Allah sahaja tahu perasaan aku. Terima Kasih Allah atas apa yang Kau berikan padaku :) Aku bersyukur sangat dengan keputusan aku walaupun tak seberapa.Aku tahu rezeki aku belum sampai, banyakkan bersabar kan? :) Baiklah saya off dulu. Assalamualaikum and congrats siapa yang dapat 8 A's :') anda sudah buat ibubapa anda gembira :) Byeee semuaaa :) kesat tau air mata tu bila habis baca entry ni. Ceh hahahahaha! Dah dah aku dah mula happy SIKIT. Thanks for everythings ye semuaaaa :)

Monday, December 5, 2011

19.11.11 :')

Assalamualaikum :)

Ya, aku update lagi memandangkan tak boleh tidur dan fikir aku tak update lagi pasal kenduri abang aku kahwin belah kitaorang! Sheaaah check it out ~

19.11.11 tarikh keramat untuk abang pertama aku. Mungkin. Hari yang ditunggu-tunggu dari kami sekeluarga,sanak-saudara,pak cik mak cik,jiran-jiran,kawan-kawan lama mahupun baru dan ramai lagi :D ! Pengantin masuk pukul 1 lebih selepas masuknya waktu zohor. Aku tak ingat pukul berapa sebab masa tu aku tengah nervous tahap max dengan cousin aku.Sebab kitaorang pegang bungga manggar -______- k jangan gelak! Kitaorang yang nak k, lagi pun dah tak ada siapa.Mak aku tanya "Siapa nak pegang bunga manggar?" semua yang dok gelak,borak,blur terus tergamam! Lepas tu aku cepat-cepat tengok mak aku dan blablabla aku dapat dengan cousin aku :) nasib baik rapat hehe."Thanks fatin kau teman aku" hehe.

Sebelum pengantin masuk tu kitaorang punya la busy bagi doorgift dekat orang sampai dalam satu masa tu.Ada sorang ni kitaorang panggil dia Along.Dia la yang buat aku dengan fatin nervous to the max! Dia cakap   "Nadiah, Fatin cepat pergi ambil bunga manggar tu.Pengantin dah nak masuk" sambil senyum yang bagi kitaorang nervous lagi -__________-.Then sampai-lah detik yang ditunggu-tunggu....


Ni sebelum nak pergi sambut pengantin.K nampak sangat muka aku nervous semacam -.-

Kemudian ~ 


Oh ya ni dekat luar dewan...

Tibalah masanyaaaaaaaaaaa..........


Sebernanya muka tu tak ikhlas senyum.Dalam hati hanya Allah saja yang tahu betap nervous bawa benda tu!! Oh ya,diaorang cakap "Jalan perlahan sikit,pengantin jauh dari korang" yang aku "oh yeke?! Fatin slow-slow fatin" HAHA k lawak bila teringat balik yang si Fatin diam macma bisu je.Lol joke :D


Okay jangan ingat kerja kitaorang habis sampai pengantin naik atas pelamin lepas tu kitaorang boleh makan ABC terus.Ada lagi...


Haaa mu nampak dok yang si tudung warna cream dengan biru tu??Ya itulah kami :D masih ada kerja lagi.Tukang bagi bunga telur -.- k malu okay padahal tak ada siapa pun pandang.Atas stage tu boleh lagi aku gelak dekat fatin sebab muka dia nampak sangat tak tahu nak buat apa and nervous.Lol sorry weh :D

Dah stop cerita pasal kitaorang! Now cerita pasal pengantin dan lain-lain :)


Hinii dhiaaaaah yang diraikan :) abang eja dan kak nana a.k.a kak long :p


Acara makan beradab :)


Acara memotong kek.Awwwww co cweet :') harap kekal hingga akhir hayat.Amin :)


THANKS FOR COMING!!! Ya Allah terharu,bangga semua ada bila tengok ramai gila datang :') thanks again tanpa anda semua tak meriah la kenduri.Thanks a lot!

Serious meriah gila okay.Best yang amat rasa nak buat lagi sekali je semua ni ! Tak apalah tunggu next wedding :p hehehe.Rugi okay siapa yang aku ajak banyak alasan dia bagi tu. Tak percaya?Okay aku ceritakan,ada ABC,spagetthi *k tak tahu eja* , kuey teow goreng,teh tarik,sirap apa entah HAHA,nasi minyak,nasi putih,daging masa apa entah HAHA dan macam-macam lagi.Oh ya doorgift kitaorang lain sikit.Kitaorang bagi ni ....


Nampak atas meja tu?Ya itulah doorgift kitaorang! Heee perlbagai corak,warna,kulit adaaaaa Rambang mata jap bila ada depan mata macam ni :D.Haa promote jap tu students mak aku :)


Bersama pengantin,adik-beradik,sepupu-sepapat :D wehoooo!


Apabila kami menggila ~ HAHA tengok saya -_____- k jangan gelak -.- !!


Apabila kami menjadi bajet handsome dan lawaa ~ Aku suka gambar ni!!


Haa penuh! Semua adaaaa bagus :)

Aku rasa setakat tu jelaah yang boleh aku cerita kan hari yang begitu bersejarah buat kami sekeluarga termasuk nenek,mak cik-mak cik,pak cik-pak cik,sepupu-sepapat! Sangat best,teruja,happy,terharu dan lain-lain.Sebab ni first cucu belah mama kahwin dan first time buat kenduri kahwin :D hahaha! For abang eja,jaga kak long elok-elok ya :) kalau ada masalah selesaikan dengan cara yang baik dan sopan :D and cepat-cepat dapat anak buah! Adik dah tak sabar dah ni nak menimang anak buah.HAHA "hi baby! Panggil saya CUDEK ok?" Hehe Mak su tapi ditukarkan mejadi Mak Cu dan saya anak last Adik sambung jadi CUDEK ! :D

Hee okay dah bye assalamualaikum! Jaga diri :) 


Another 17 days !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum :)

Hi entry kali ni agak nervous sikit nak type sebab result PMR.hahaha okay dah dah jangan mengarut.Mungkin kali ni nak serious sikit *yelaaaaah nadiah :p*

Mungkin bagi yang dah lepas PMR dan BELUM  lepas PMR cakap "haha padan mukaaaa!" "ala watlek watthree" "pmr je kot" OKAY ENOUGH! Ya PMR JE tapi PMR tu bagi aku..ahh uhh eehh ohh sayang dimana kamu??!! *okay merepek*

Rasa nervous,cuak,gementar,gerun,takut semua ada weh! Rasa macam malam ni aku pergi sekolah senyap-senyap pergi dekat pejabat cari slip PMR aku lepas tu terus balik rumah tidur macam biasa.Bila hari nak ambil slip tu mesti cikgu risau tengok slip aku hilangkan?Haa masa tu aku dah tak menangis teresak-esak dah sebab dah tahu apa yang aku dapat! Wehoo good idea nadiah! InsyaAllah aku buat :p muehehehe.

Apalah kan result aku dapat :( kadang-kadang ada terfikir nak banggakan parents.Buat diaorang rasa bangga dapat anak macam aku.Tapiiiiii, hmm hanya Allah sahaja yang tau.Minat aku bukan belajar 24 jam.Minat aku suka benda-benda yang jenis lasak yang jenis macam err.K susah nak terangkan senang benda yang err ahh susah okay nak terangkan.Kau faham-faham jelah masuk lasak tu! Senang :D

Oh ya doakan aku dan kawan-kawan aku dapat result lulus dengan cemerlang ye.InsyaAllah Amin :).Baiklah saya sudah mau tutup ini bloggaar.Semoga hari ini lebih baik dari semalam.InsyaAllah Amin :) bye assalamualaikum jaga diri dengar cakap ayah sesungguhnya ayah la yang membesarkan kau sampai sekarang :) hehe boii ~