Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada saudara/saudari yang sedang membaca blog hodoh saya ini semoga dalam keadaan sihat sejahtera :D *aww ayat tak boleh blah*
***
Hari ni nak cerita pasal KUALA LUMPUR atau lebih dikenali sebagai "KL" tempat yang digemari orang ramai tak kira bangsa islam,hindu dan sebagainya *1 MALAYSIA* . Korang pun tahukan KL tempat yang terlalu sibuk dengan adanya kedai makan , tempat membeli-belah , office , dan lain-lain . Petang tadi aku dengan family aku telah pergi ke KL untuk membeli-belah di jalan masjid india tempat yang ramai orang .
Terlalu banyak barang-barang yang dijual di situ contoh tudung , selendang , baju kurung , carpet banyak lagilah tak akan aku nak cakap satu-satu kot korang pun mesti malas nak bacakan ? *hahaha* Okay sambung balik , dekat jalan masjid india tu boleh katakan murah barang-barang dia rambang mata kakak aku tengok selendang banyak sangat . Aku ? Harapanlah nak beli , no my taste haha tak adalah aku gurau je aku dapatlah beli satu selendang 2 baju yang bagi aku yeah lawa bolehlah bawak pakai :) . Kedai dekat sana aku rasa beratus kot sebab banyak gila sampai kaki aku rasa macam nak tercabut dan mulut aku tak habis habis cakap dekat kakak aku "kak , jomlah balik dah dahaga dah ni" macam biasa kalau kita cakap macam tu dekat orang tengah rambang mata ayat diaorang adalah "tunggulah kejap , lawa ni" urght maaan -.- memang geram gila !
Kalau korang nak tahu aku ni jenis dah dapat apa yang aku nak , aku nak balik terus and try . Dah tak kesah dah orang lain nak beli apa-apa pun . Heeee , nak buat macam mana dah sifat tu ada dalam diri aku ;) . *Sambung baliklah nadiah oi , orang tak nak tahu pun kau punya sifat tu* , okay lepas aku shopping tekak ni rasa dahaga tahap maksimum punya rasa macam nak beli je air dekat pasar malam tu tapi mak aku pernah cakap "air tu tak bagus , entah dia buat guna air apa entah tu" sejak mak aku cakap macam tu aku tak rasa macam nak beli walaupun dahaga macam mana sekali pun , melainkan dia ada jual air mineral BOTOL ingat lagi sekali BOTOL ye tak nak tin sebab tin tak bagus *ceh pandai-pandai je* .
***
Lepas semua dah penat dan rasa puas hati , hati ni terdetik mahu balik ke rumah di SHAH ALAM yo ! Dalam kereta tak payah cakaplahkan aku dengan kakak aku masing-masing tidur , heeee !
Erm okaylah rasanya sampai sini dulu nanti Siti Nadiah akan sambung menulis blog lagi ye :) . Assalamualaikum , harap saudara/saudari dapat menerima apa yang saya tulis di atas ini , insyaAllah :)
No comments:
Post a Comment