Entry kali ni menceritakan mengenai jepun yang negaranya sekarang ni dalam kehidupan gundah gulana . Bila aku dengar cerita pasal jepun , aku terus terfikir kalaulah aku dekat sana macam manalah aku sekarang ni . Entah hidup atau sebaliknya :/ . Alhamdulillah keluarga aku tinggal di malaysia yang dalam keadaan aman dan damai ini . Kenapa aku cakap aman dan damai ? Oh ya sebab kan sekarang ni banyak negara tunjuk perasaan , tak suka inilah itulah . Macam-macamkan ? Kesian aku tengok diaorang , ada yang kena bunuh ada yang cedera parah dan macam-macam lagi . Tapi aku di sini sihat waalfiat . Alhamdulillah sekali lagi .
Sambung pasal jepun tadi , aku sangat sedih dengan negara jepun . Tempat mereka yang dulu mewah , cantik sampai orang pergi sana terujalah . Senang cerita . Tapi sekarang ? Ya Allah kuasa Tuhan . Senang je , kapal yang berat tu , Tuhan tolak sikit je terus himpap rumah orang :'( . Sedihnya , tengok dekat surat khabar , berita semua cerita pasal jepun . Macam-macam cerita pasal jepun :'( . Tapi yang peliknya ada pula orang nak mengejek dan BERLAGAK pandai ! Taulah kau tu pangkat besar ala setakat isteri ** JE ! huh -.- *mintak maaf tetiba rasa bengang semacam* . Sebelum aku habis menulis blog ni aku nak kongsikan beberapa gambar pasal jepun . Tengok dan hayatilah ye :| ~
Lihatlah betapa besarnya kuasa Tuhan ..
*Korang semua tengok ye dan please jangan kutuk semua ini dan jangan salahkan jepun buat bangunan tinggi-tinggi semua . Ini kerja Tuhan , dia yang menentukan ! Byebye , assalamualaikum , jaga diri ye kawan-kawan :)
No comments:
Post a Comment