Tuesday, May 10, 2011

Folio oh Folio ~

Assalamualaikum,

Hai korang, rasanya macam dah lama tak update blog oh tapi aku rasa baru 2 hari lepas kot update hehehe :P. Okay hari ni nak ceritakan mengenai FOLIO ye folio -.- . Bagi sesiapa yang tak tau apa itu folio meh sini akak nadiah terangkan, HAHAHA. Folio ni dia kerja khursuslah, entahlah aku tak tau nak terangkan korang faham-faham sendiri jelah eh :/ ? Ha sambung balik, aku ada 3 folio kena buat satu folio dah siap dah hantar dah pun baru tadi hantar. Folio yang aku dah siap baru sejarah, ada lagi dua geografi dengan sivik. Dengar macam senang je tapi jari ni dia cakap kalau bab folio je dia DEMAM aku pun tak tau kenapa :/ . Jadi kalau cikgu nak bulan depan, insyaAllah hujung bulan ni siaplah KOT :D. Hehehe.

Korang tau tak, bila dah siap satu folio memang rasa nak lompat sambil jerit kuat-kuat ! Pehh memang best, dah la tebal oh folio tu. Memang bangga gilalah kalau dah siap walaupun aku termasuk dalam golongan yang lambat hantar :P. Bukan apa, aku tak faham sebab tu lambat sikit hantar plus aku rasa malas sikit hoho. Ala asalkan aku hantarkan ? Bukan macam korang sibuk baca blog aku je, pergi belajar nun dah nak exam dah ni. Haaaa ! Cakap pasal exam baru aku teringat yang aku exam hari jumaat minggu depan. Memang baru sedia 25 % kot :(
haha wish me luck jelah eh ! Tawakkal jelah.

Okay nak out, baik aku buat folio daripada berblogger ni. Kalau rajinlah :P hahaha okay bye assalamualaikum jaga diri ye sekarang banyak boleh terjadi. Terlanggar benda kecil pun boleh mati. Kay byeeee

No comments:

Post a Comment