Hai korang, hari ni aku nak cerita pasal karipap ! Ye, bagi korang entry kali ni merepek or lawak tapi suka hati akulah, blog aku -.-. Okay, aku nak cerita keistimewaan karipap dekat korang. Karipap adalah sejenis kuih yang boleh dikatakan semua orang Malaysia suka makan, dia senang nak masuk mulut,berinti sardin,kentang,daging dan lain-lain. Bergulung di tepi-tepinya yang membuat semua orang rasa nak beli 20 biji ! Kira bila makan satu nak lagi 10 la. Hehehe. Tapi ada sesetengah tempat sahaja yang sedap, contohnya nenek aku beli dekat jiran dia itu memang sedap hingga menggaru kepala la. Sumpah sedap gila ! Memang siapa yang rasa kenyang semua tolak ke akulah jawabnya :P. Oh ya untuk pengetahuan korang aku memang obses sangat dengan karipap. Tapi tak adalah masa tidur pun makankan ;). Karipap paling aku suka inti dia kentang. Kalau yang daging tu kuranglah tapi bedal jugak. Hahaha, tapi ada satu tu inti tu nama dia apa entah, eh haa inti ubi keledek. Eeeii tolonglah tak sedap oh -.-. Saya syorkan kepada semua makcik-makcik yang jual karipap jangan jual yang ada inti ubi keledek, sebab saya tak suka -______-. Okay sebelum aku tutup entry kali ni aku nak cakap siapa yang tak rasa karipap atau tak suka karipap, rasalah banyak kali mesti korang suka punya ! Macam aku :). Okay sampai sini sahajalah dulu, assalamualaikum,jaga diri ye,byee! Nak makan karipap kejap *dalam mimpi durr*
tak de benda lain ke??
ReplyDeleteHehe biarlah,blog nadiah .
ReplyDelete