Sihat semua ? Hari ni tajuk aku tentang masalah manusia-manusia zaman sekarang. Perangai masing-masing yang tidak menentu.
Seperti yang terjadi baru-baru ni,orang disimbah acid,buang bayi merata-rata tempat dan sebagainya. YA ALLAH kenapa semua ni terjadi YA ALLAH ? Kesian aku tengok orang yang kena simbah acid,bayi yang baru lahir yang baru nak mengenal dunia :'(. Sedih dengan perbuatan manusia-manusia zaman sekarang. Kadang-kadang dengan tak sengajanya air mata aku jatuh bila tengok muka orang yang kena simbah and bayi yang di buang dalam tong sampah mahupun di dalam bag :'(. KENAPA SEMUA NI TERJADI ? KENAPA ?! Kalaulah aku terjumpa ibu bapa bayi tersebut,aku akan ceramah dia habis-habisan. DAH BUAT PANDAI TANGGUNG BOLEH TAK ? Pleaselah fikirlah baik-baik. Tapi aku gembira bila ada yang nak jaga bayi-bayi yang dibuang :'). Alhamdulillah,aku salute siapa yang ambil tu. Satu ingatan untuk siapa yang ambil, tolong jaga bayi itu baik-baiknya,jagalah dia macam mana anda jaga diri anda :').
***
Seperti tajuk entry kali ini tidak ada kena mengena yang hidup mahupun sudah meninggal. Hanya untuk berkongsi pendapat dan cerita. Harap beri kerjasama ye. Terlebih dahulu maaf jika terkasar bahasa dan sebagainya.
Pernah tak anda semua terfikir yang dunia ini semakin lama semakin maju ? Ye aku bersyukur dengan semua ini,tapi kadang kala aku terfikir adakah semua benda ini akan dibawa sampai ke mati ? TIDAK,percayalah.Walaupun harta anda tinggi sampai ke gunung everest sekali pun,tak akan bawa sampai ke mati. Hanya solat 5 waktu,berdoa,bersedekah,berbuat baik,hormat-menghormati,menutup aurat dan lain-lain. Percayalah sekali anda buat baik anda akan dapat pahala,sekali anda sembahyang berjemaah pahala anda berlipat kali ganda. Bukan aku reka cerita,semua ini anda pun tahu bukan ? Perkara ini bagi aku dah famous seperti famous amos. Semua orang tahu,dan semua orang boleh berfikir.Tidak kira yang remaja mahupun orang dewasa. Masing-masing ada otak yang diberi olehNYA untuk berfikir.
Jadi tak patutlah aku cerita panjang lebar yang membuatkan anda semua rasa mahu tutup dan buka blog lain. Niat aku hanya untuk semua manusia berubah termasuk AKU. YE termasuk aku,aku sedar diri aku yang tak sesuai untuk berceramah dekat semua orang.Aku pun ada buat silap,masing-masing ada buat silap. Tapi masih ada masa untu bertaubat bukan ? Marilah kita sama-sama bertaubat. Dan berdoa setiap masa agar diri kita selamat dari ancaman yang bahaya.Amin.
Rasanya sampai di sini dahulu,mungkin akan di update dan menceritakan masalah lain pula. InsyaAllah. Doakan aku berubah,dan aku akan sentiasa doakan rakan-rakan aku :) Jangan risau kawan. Baiklah assalamualaikum,jaga diri wahai saudara-suadaraku :)
No comments:
Post a Comment