Sihat?Saya sihat alhamdulillah.Masih diberi nyawa oleh Allah :) alhamdulillah.Moga-moga hari ini lebih baik daripada semalam.InsyaAllah :D
Baiklah kita teruskan membaca apa yang nadiah nak type ni.Mungkin pendek tapi bermakna.Hihi kalau tak best maaf ya memang sekarang ni idea tak ada banyak sangat :p
Dua hari lepas iaitu hari ahad semua tahukan hari raya haji untuk semua orang islam.Saya dan keluarga (eceh macam buat karangan pulak dah) pergi beraya di rumah nenek di selayang.Kami bertolak dari rumah pada pukul 4 err lupa 4 berapa tapi dah nak dekat masuk waktu asar.Ambil masa nak sampai rumah nenek dalam sejam,aku tak sempat nak tidur mama dah jerit "banguuuuuun dah sampai" padahal aku tak tidur pun.Kakak aku je yang tidur OVER punya! Hahaha sorry kak.
Sampai dekat kampung halaman yang dicintai (eceh :p) saat nak turun dari kereta memang jantung aku tak senang.Sebab apa? Sebab dekat kampung aku tu kawasan cina,kalau cakap cina mesti diaorang bela anjing kan untuk jaga rumah dia.Okay tak apa,kita 1 Malaysia :) hahahahaha. Okay sambung, bila tengah turun tu nak angkat beg semua,aku angkat yang dekat dengan aku je haha then terus masuk rumah nenek aku.BAHAYA weh nanti anjing gigit kaki aku kang.Haaa kesian aku :( hihi.
Masuk je rumah,ingatkan dah ramai la kan sanak-saudara bagai.Rupanya family aku orang pertama sampai.YES! haha.Sebernanya mak su aku dengan family dia tinggal sekali dengan nenek aku,so kiranya family aku la sampai dulu.Hihihihihihi.
Duduk dalam 10 minit macam tu,pak ngah and pak cik aku degan family diaorang sampai.Bagus serentak,walaupun lain rumah :p.Selepas itu,kitaorang buat doa selamat sikit tanda bersyukur kepada Allah :) Habis je doa selamat semua diam je rupanya makan :D hahaha tapi diaorang lambat la aku dah rasmi kan dulu dah :p masa diaorang tengah baca yassin aku dah makan dah.Hihi faham-faham je la kenapa aku tak baca sekali ;)
Lepas makan,borak-borak kejap sebelum tunggu masuk waktu mahgrib.Lepas waktu mahgrib.Okay ni sumpah best! Rugi gilaaaaaaa aku dah boleh sembahyang :'(.Diaorang buat sembahyang berjemaah.Ahhh jelly much ! Aku tengok je dari belakang.Its okay,lain kali mesti ada lagi.Siapa tahukan?Hoho.
Lepas sembahyang maghrib,mak aku ada bagi ucapan sikit for wedding 'abang BESAR' aku.Dibahagikan semua kerja,semua dapat! Bagus,nanti tak ada siapa yang boleh duduk dia goyang kaki kecuali pak ngah aku yang dia baru jatuh motor tapi dah nak dekat baik :D Alhamdulillah.Mak aku dok potpetpotpet tiba-tiba dia tanya "siapa nak pegang bunga manggar?" aku cepat-cepat tengok mak aku,hihihihi.Then mak aku cakap "okay nadiah,dengaaaan .. Siapa lagi seoarang?" Aku cakap panggil sepupu lelaki aku,Zul.Tapi nenek aku cakap macam tak sesuai lelaki perempuan.Tapi bagi aku sesuai je lagi okay kot.Tak apalah,aku ikutkan saja apa nenek aku cakap sebab dia makan garam dulu sebelum aku :).Last last sepupu perempuan aku,Fatin.Haa okaylah tu semua tepuk tangan sebab tinggi kitaorang sama,muka nak dekat sama(errrr tak boleh terima)
Habis mak aku bagi ucapan,masing-masing perut lapar pergi melantak.Dah makan semua kenyang dan mengantuk then semua balik rumah.Aku balik lambat sikit sebab mak aku nak duduk-duduk kejap.Yelah dah la tak tidur sana nak balik awal pula.Macam apa je.Dah la rumah kitaorang paling jauh ceh tak adalah jauh sangat :p
Oh ya lupa,masa nak balik ada 3 ekor anjing bertempiaran.Fuhhhhhh! Babs la kan aku cepat-cepat masuk kereta.Sepupu aku yang duduk sana dia boleh senyum je tengok kitaorang.Alaa tahulah dah biasa kan rumah dekat sana,poyo la luuu! Ceh hahaha.Masuk kereta masing-masing dia je.Haa faham-faham la sebab apa kan?Sampai shah alam,punyalah lebat sampai aku terus terjaga! Dah siap angkat barang bagai,terus masuk bilik tidur.Hihi.
Ha tu la cerita aku sepanjang hari raya haji dekat kampung aku :') memang kenangan yang tak akan aku lupa walaupun penat tak terkata.Tapi aku enjoy tahap dewa.Alhamdulillah :).Baik la aku stop sampai sini dulu ye,dah panjang dah ni.Oh ada satu gambar yang aku post tengok la ye tu masa dekat kampung nenek aku.Curi kakak punya gambar :p hihi.

Haa dah tengok? Itulah rumah nenek aku,makanan yang ada,dan cupcakes kakak aku buat :).Selamat melihat ye hahaha aku nak menjamu selera ni.Sedap pula tengok ayam masak merah tu :p hahaha bye jaga diri assalamualaikum :)
No comments:
Post a Comment